click me

Tuesday 3 October 2017

PULAU REDANG 2D1N

ok sambung pulau redang pulak. gi pulau redang aku tedah aje takde ambil ambil pakej pon. malas. ok aku beli tiket feri kat kuala terengganu dekat pasar payang. situ ada kaunter tiket and ambil yang redang bay punya resort feri even kau tak stay redang bay pon. sebab feri dia murah rm35 one way. kalau feri satu lagi rm55 one way. tapi feri yang mahal ni besar lah. dah mahal. maybe selesa lah. aku naik marina v feri and aku duk atas kat bahagian crew. hahahah seronok! aku mintak dengan crew dia nak duduk atas bahagian luar tu. so memang berangin. hah untuk aku berdua aje duk luar tu. feri dari jeti KT ambil masa 1hr30min nak sampai pulau redang. ha lupa nak bagitau kalau kena beli permit masuk marine park kalau ada student card rm2 kalau takde rm5. so bawak student card kalau nak gi pulau redang.

aku tempah resort via booking.com. 250per night. deluxe room for 5person but includes breakfast for 2. yang lain nak makan tambah rm20. aku stay redang paradise resort di long beach.



but for me stay redang bay or redang lagoon best. sebab resort dia lagi lawa. kau check sndiri lah harga per night aku taktau. aku tempah resort pun sehari sebelum pergi, memang tinggal redang paradise aje ada 1 empty room. macam gampang aje plan last minute. hahaha. aku beli tiket feri return dekat redang bay punya ticket kaunter, kau gi aje masuk resort dia situ ada kaunter tiket feri. kalau beli dengan redang paradise mahal sebab dia punya feri tu feri yang besar yang harga rm55. so kalau nak murah gi naik marina v yang redang bay punya.


haa sampai aje aku letak letak bag terus kuar gi mandi. kitorang memang siap siap bekal makanan dah sebab kat pulau makanan mahal. nasi goreng malam tu aku beli dua bungkus rm30. hahahaa mahal do. tapi standardlah pulau mana aje tak mahal kan?

aku gi sewa snorkelling gear rm30 for life jacket and goggles. HILANG BAYAR Rm100. JAGA LEKLOK! aku gi main area shark point. tak nampak sekor pun shark. hahahaha jenis malang gitulah. semua shark lari.

pastu petang tu gi ambil snorkelling trip for rm35 per person. kitorang ambil yang petang aje yang gi tengok penyu. turtle points ke apa tah nama dia. weh penyu banyak dia datang sebelah aku langgar tangan aku. dasar mengada nak langgar langgar orang. pastu ada yang datang lalu bawah kaki aku. besar pulak tu. dari excited jadi takut, hahahah takdelah. penyu mana buat orang. PS KALAU KAU RABUN MINTAK GOOGLE YANG ADA POWER NANTI TAK NAMPAK PAPE BUAT RUGI AJE GI SNORKELLING! TAPI ADA CHARGE LAH YE SAYANG. aku pun tak tahu berapa.
lama jugak kitorang snorkelling. aku dah penat aku naik lepak depan boat. lawa weh dia punya view. aku duk depan macam deck ke apa tah tapi sumpah lawa view dia. aku tak bawak phone gais. bodohkan aku?


previous post aku pasal perhentian aku ada gi round dia punya pulau kan?guna trek dia punya yang connect the beaches. tapi pulau redang aku tak sempat buat dah gi dua hari aje weh. memang tak sempat lah nak round pulau redang ikut hutan. TERINGIN NAK BUAT TAPI TULAH MASA TAK CUKUP. kitorang beli ticket balik yang pukul 12 punya sebab checkout pukul 11am. and then baliklah rumah masing masing. end of story. KENAPALAH CUTI PENDEK AJE???!!

IPOH, PERAK 3D2N

assalamualaikum gais. lama namati aku tak update blog ni.

ok kalini aku nak cite short trip aku gi ipoh and pulau redang. ni memang short trip betul sebab overall cuti aku 5 hari so aku habiskan kat ipoh 3 hari and pulau redang 2 hari. kalau tanya aku pasal ipoh and redang memang takleh jawab panjang sebab aku taktau. ni aku cerita pengalaman aku aje.

macam biasalah aku gi memana memang berdua, aku dengan kawan aku. so lemme start with ipoh first. pulau redang aku buat next post nati takdelah pening sangat. OK LEMME REMIND YOU FIRST, this trip is not really kind of to explore ipoh, it was just to go to tambun. kitorang nak main air. hahahah. tapi adalah some places kitorang gi.

trip ni memang last minute habis. sehari sebelum nak gi ipoh aku baru tempah segala mende dari train ticket to hotel booking via shopee. train ticket aku beli online korang google aje. dari kl sentral to ipoh which costs rm40-50 i barely remember i'm sorry. and then we booked lost world hotel for 2d1n for rm139 per pax. which includes entrance ticket for thempark waterpark and spa. for your information the waterpark and themepark ticket can be redeem anytime within 2 months tak silap. but spa takleh. and includes free breakfast to. buffet lak tu puas hati aku makan. hahaha.

ok jap ni aku buat keje bodoh sikit. punyalah bangang aku gi tempah train ticket gi ipoh pukul 12.30pm. it takes around 3-4 hours kot. aku sampai ipoh dah petang and then ambil grab gi lost world hotel. leps check in pe semua ingatnya nak gi mandi lah. pastu gi setel apa semua dengan hotel sebab agent tu dah uruskan semuanya so nati hotel bagi voucher and everything untuk masuk lost world tu. aku gi isnin and SELASA SEGALA BAGAI LOST WORLD TU TUTUP. masa sampai aje kt hotel orang hotel dah bagitau selasa closed-alah fucked up nya. sampai petang lepas solat pe semua around 5.30pm turun nak gi masuk themepark-THEMEPARK TUTUP PUKUL 6-HAHAHAHAHAAH BODOHNYA AKU!!!. aku dengan kawan aku pun ber huhuhu lah kat situ. malam spa aje yang buka so kitorang tunggu lah pukul 6pm nak masuk spa and hotspring. so berendam air panas ajelah. kesiann.

dah bosan berendam around 8pm balik hotel gi siap siap pastu kuar nak gi makan. ambil grab gi area gerbang malam. macam pasar malam lah tapi buka sampai 2-3am tak salah aku. pastu letih shopping kitorang gi makan. ipoh malam dia tak hidup sangat semua kedai tutup awal. so kalau kau keluar malam better jangan jalan sensorang bahaya.

the next day kitorang checkout and head out to ipohtown. aku stay bed and bike hostel. macam dorm but mixed only. kalau nak private ada twins room (tak room pon dia cover dengan langsir aje) but ok lah sebab harga pun murah. satu malam rm17. sesuai lah dengan harga dia. sampai bednbike around 11-12am. and then kitorang gi terminal bus amanjaya nak beli tiket gi terengganu. lepas beli tiket kitorang gerak gi kellie castle dekat batu gajah tak silap aku. ni pun aku ambil grab. kau sabajap biar aku payung gambar kellie castle.






lepas kellie castle kitorang round area bednbike aje. jalan kaki gi concubine lane and dataran jam ipoh. lawa weh dataran jam dia. bapak lawa mende alah jam tu. ha masjid depan dataran jam tu pun lawa. wehh serious aku suka masjid yang design dia lawa. nampak cool doh. jahaha. pastu kitorang jalan sampai taman jepun tak silap aku. jauh gak ah jalan. and then mural arts amende tah. lepas penat jalan kitorang gi makan di plan B. punyalah jalan pukul 9 malam baru balik hostel. scary doh ipoh memalam. langsung tak hidup. punya laju kitorang jalan semata nak balik hostel. kau bayang lah kiri kanan gelap ada lampu jalan aje and kedai makan tu pun 1/2 aje kedai makan yang buka. lain semua tutup. orang ipoh memang tidur awal ke apa?




ps: siap awal awal jersey nak masuk lost world. tshirt cotton takleh mandi. boleh masuk tengok aje.
468 x 60