click me

Tuesday 3 October 2017

PULAU REDANG 2D1N

ok sambung pulau redang pulak. gi pulau redang aku tedah aje takde ambil ambil pakej pon. malas. ok aku beli tiket feri kat kuala terengganu dekat pasar payang. situ ada kaunter tiket and ambil yang redang bay punya resort feri even kau tak stay redang bay pon. sebab feri dia murah rm35 one way. kalau feri satu lagi rm55 one way. tapi feri yang mahal ni besar lah. dah mahal. maybe selesa lah. aku naik marina v feri and aku duk atas kat bahagian crew. hahahah seronok! aku mintak dengan crew dia nak duduk atas bahagian luar tu. so memang berangin. hah untuk aku berdua aje duk luar tu. feri dari jeti KT ambil masa 1hr30min nak sampai pulau redang. ha lupa nak bagitau kalau kena beli permit masuk marine park kalau ada student card rm2 kalau takde rm5. so bawak student card kalau nak gi pulau redang.

aku tempah resort via booking.com. 250per night. deluxe room for 5person but includes breakfast for 2. yang lain nak makan tambah rm20. aku stay redang paradise resort di long beach.



but for me stay redang bay or redang lagoon best. sebab resort dia lagi lawa. kau check sndiri lah harga per night aku taktau. aku tempah resort pun sehari sebelum pergi, memang tinggal redang paradise aje ada 1 empty room. macam gampang aje plan last minute. hahaha. aku beli tiket feri return dekat redang bay punya ticket kaunter, kau gi aje masuk resort dia situ ada kaunter tiket feri. kalau beli dengan redang paradise mahal sebab dia punya feri tu feri yang besar yang harga rm55. so kalau nak murah gi naik marina v yang redang bay punya.


haa sampai aje aku letak letak bag terus kuar gi mandi. kitorang memang siap siap bekal makanan dah sebab kat pulau makanan mahal. nasi goreng malam tu aku beli dua bungkus rm30. hahahaa mahal do. tapi standardlah pulau mana aje tak mahal kan?

aku gi sewa snorkelling gear rm30 for life jacket and goggles. HILANG BAYAR Rm100. JAGA LEKLOK! aku gi main area shark point. tak nampak sekor pun shark. hahahaha jenis malang gitulah. semua shark lari.

pastu petang tu gi ambil snorkelling trip for rm35 per person. kitorang ambil yang petang aje yang gi tengok penyu. turtle points ke apa tah nama dia. weh penyu banyak dia datang sebelah aku langgar tangan aku. dasar mengada nak langgar langgar orang. pastu ada yang datang lalu bawah kaki aku. besar pulak tu. dari excited jadi takut, hahahah takdelah. penyu mana buat orang. PS KALAU KAU RABUN MINTAK GOOGLE YANG ADA POWER NANTI TAK NAMPAK PAPE BUAT RUGI AJE GI SNORKELLING! TAPI ADA CHARGE LAH YE SAYANG. aku pun tak tahu berapa.
lama jugak kitorang snorkelling. aku dah penat aku naik lepak depan boat. lawa weh dia punya view. aku duk depan macam deck ke apa tah tapi sumpah lawa view dia. aku tak bawak phone gais. bodohkan aku?


previous post aku pasal perhentian aku ada gi round dia punya pulau kan?guna trek dia punya yang connect the beaches. tapi pulau redang aku tak sempat buat dah gi dua hari aje weh. memang tak sempat lah nak round pulau redang ikut hutan. TERINGIN NAK BUAT TAPI TULAH MASA TAK CUKUP. kitorang beli ticket balik yang pukul 12 punya sebab checkout pukul 11am. and then baliklah rumah masing masing. end of story. KENAPALAH CUTI PENDEK AJE???!!

IPOH, PERAK 3D2N

assalamualaikum gais. lama namati aku tak update blog ni.

ok kalini aku nak cite short trip aku gi ipoh and pulau redang. ni memang short trip betul sebab overall cuti aku 5 hari so aku habiskan kat ipoh 3 hari and pulau redang 2 hari. kalau tanya aku pasal ipoh and redang memang takleh jawab panjang sebab aku taktau. ni aku cerita pengalaman aku aje.

macam biasalah aku gi memana memang berdua, aku dengan kawan aku. so lemme start with ipoh first. pulau redang aku buat next post nati takdelah pening sangat. OK LEMME REMIND YOU FIRST, this trip is not really kind of to explore ipoh, it was just to go to tambun. kitorang nak main air. hahahah. tapi adalah some places kitorang gi.

trip ni memang last minute habis. sehari sebelum nak gi ipoh aku baru tempah segala mende dari train ticket to hotel booking via shopee. train ticket aku beli online korang google aje. dari kl sentral to ipoh which costs rm40-50 i barely remember i'm sorry. and then we booked lost world hotel for 2d1n for rm139 per pax. which includes entrance ticket for thempark waterpark and spa. for your information the waterpark and themepark ticket can be redeem anytime within 2 months tak silap. but spa takleh. and includes free breakfast to. buffet lak tu puas hati aku makan. hahaha.

ok jap ni aku buat keje bodoh sikit. punyalah bangang aku gi tempah train ticket gi ipoh pukul 12.30pm. it takes around 3-4 hours kot. aku sampai ipoh dah petang and then ambil grab gi lost world hotel. leps check in pe semua ingatnya nak gi mandi lah. pastu gi setel apa semua dengan hotel sebab agent tu dah uruskan semuanya so nati hotel bagi voucher and everything untuk masuk lost world tu. aku gi isnin and SELASA SEGALA BAGAI LOST WORLD TU TUTUP. masa sampai aje kt hotel orang hotel dah bagitau selasa closed-alah fucked up nya. sampai petang lepas solat pe semua around 5.30pm turun nak gi masuk themepark-THEMEPARK TUTUP PUKUL 6-HAHAHAHAHAAH BODOHNYA AKU!!!. aku dengan kawan aku pun ber huhuhu lah kat situ. malam spa aje yang buka so kitorang tunggu lah pukul 6pm nak masuk spa and hotspring. so berendam air panas ajelah. kesiann.

dah bosan berendam around 8pm balik hotel gi siap siap pastu kuar nak gi makan. ambil grab gi area gerbang malam. macam pasar malam lah tapi buka sampai 2-3am tak salah aku. pastu letih shopping kitorang gi makan. ipoh malam dia tak hidup sangat semua kedai tutup awal. so kalau kau keluar malam better jangan jalan sensorang bahaya.

the next day kitorang checkout and head out to ipohtown. aku stay bed and bike hostel. macam dorm but mixed only. kalau nak private ada twins room (tak room pon dia cover dengan langsir aje) but ok lah sebab harga pun murah. satu malam rm17. sesuai lah dengan harga dia. sampai bednbike around 11-12am. and then kitorang gi terminal bus amanjaya nak beli tiket gi terengganu. lepas beli tiket kitorang gerak gi kellie castle dekat batu gajah tak silap aku. ni pun aku ambil grab. kau sabajap biar aku payung gambar kellie castle.






lepas kellie castle kitorang round area bednbike aje. jalan kaki gi concubine lane and dataran jam ipoh. lawa weh dataran jam dia. bapak lawa mende alah jam tu. ha masjid depan dataran jam tu pun lawa. wehh serious aku suka masjid yang design dia lawa. nampak cool doh. jahaha. pastu kitorang jalan sampai taman jepun tak silap aku. jauh gak ah jalan. and then mural arts amende tah. lepas penat jalan kitorang gi makan di plan B. punyalah jalan pukul 9 malam baru balik hostel. scary doh ipoh memalam. langsung tak hidup. punya laju kitorang jalan semata nak balik hostel. kau bayang lah kiri kanan gelap ada lampu jalan aje and kedai makan tu pun 1/2 aje kedai makan yang buka. lain semua tutup. orang ipoh memang tidur awal ke apa?




ps: siap awal awal jersey nak masuk lost world. tshirt cotton takleh mandi. boleh masuk tengok aje.

Sunday 30 April 2017

DAY 2 & 3 PULAU PERHENTIAN

haa nak tahu second day aku buat apa? second day aktiviti dalam package aku ambil tu snorkelling about 6points tak silap aku. so bangun awal pagi tu gi breakfast and snorkelling start pukul 10.30am. so lepas makan sambung tidur. pukul 10.30am kitorang turun gi kat boat and start aktiviti snorkelling. points snorkelling yang aku ingat ialah :

-shark points
-turtle beach
-lata air berani (turun kat beach dia)
-ada 3 lagi aku lupa. sorry!

snorkelling habis pukul 1pm centu lah. sampai aje kat hostel kitorang makan terus. naik solat and tidur kejap sebab letih sangat pukul 5 kitorang turun lepas solat pe semua. second day ni aku dah rancang nak keliling pulau so here we go.

aku stay kampung nelayan kan so jalan nak gi ke pulau lain tu kau kena discover sikit sebab dia kat dalam kampung gitu. kau tanya local lah senang. aku pun start jalan lalu ikut track dia. first beach yang aku sampai is petani beach.

jap aku tunjuk track dia.





ni sebahagian track dia. so kalau rasa nak jalan ikut sini sila bawa kasut or selipar yang sesuai ok. and ada tangga jugak tapi aku tak jumpa mana gambar dia. takpalah ni jelah yang aku mampu tunjuk. korang discover lah pulak sendiri. lepas petani beach kau akan jumpa mira beach tak silap aku. oh lupa nak mention dari beach ke beach lebih kurang 10 minutes gitulah. and tiap kali ada view superb aku akan berenti ambil gambar. so lama lah sikit berentinya. ada satu track tu tengah tengah hutan ada cam bridge gitu but not really. aku tak tahu lah orang panggil apa. haa sabajap aku upload gamba dia. lawa siot.




ha nii. lawa kan? aku nyesal pulak turun lewat sangat kalau tak boleh lepak sini for 20 minutes gitu. dah aku turun pukul 5 and there is still few beaches left yang aku nak gi. so memang tak sempat lah kalau nak lepak tempat tu. so lepas ambil gambar pe semua kitorang gerak. next destination is rainforest beach. aku dah mention kan beach beach ni private and kecil? ok dah. teruskan jalan.

kau akan jumpa bermacam jenis chalet kat beach beach yang aku mention and dalam hutan pon ada jugak chalet. ada yang lawa. yang aku paling rasa lawa is dekat dengan ombak kecil beach(bukan di ombak kecil) tapi DEKAT. tak sampai 5 minit pun nak gi ombak kecil beach kalau stay kat tempat tinggal yang aku mention ni. aku tak tahu nama dia apa but dia macam rumah kecil atas batu. menarik duh.. aku tak tahu ada tempat gitu. kalau tak dah lama duk situ. view dia awesome gila lawa nak mampos. aku rasa sesapa duk situ untung gila dia boleh tengok the whole ombak kecil beach. aku tak ambil gambar chalet tu sebab ada orang. takkan nak ambil kan macam kurang ajar lah pulak.

aku lupa senanya berapa beach yang aku lalu. tapi yang aku ingat tu aku mention dah atas tu. maybe dah semua lah tu kot. entah lupa doh. ahaha. memang lah aku ambil gambar tapi mana ada aku caption kan pape kat gambar gambar tu. hahaha. aku start pukul 5pm dari fisherman village and sampai ombak kecil beach pukul 6.50pm. sempat lepak situ for 20 minutes gitu je. lepastu aku call boatman tak larat dah nak jalan balik. and satu lagi dah maghrib. malas nak cari pasal dalam hutan tu.hahaha. call boatman and dia pickup dalam pukul 7.30pm gitulah. sempai tu terus makan mandi solat tido.

LAST DAY

last day memang kitorang tak buat pape langsung sebab checkout pukul 10am. lepas breakfast naik bilik and sambung tido. letih oii kaki seharian berjalan. jalan pulak mencabar nak mampos. lepas kemas kemas and check out  kitorang just lepak kat jeti aje sampai pukul 12. sebab boatman pickup pukul doblas. sembang punya sembang tup tup boat dah sampai. and then touchdown kuala besut. jalan kaki ambil bas gi kuala terengganu pulak..THE END

haa kau sabajap aku lupa nak mention dari beach ke beach tu kau boleh jugak kalau nak ambil boat. tapi bayar lah cambiasso ler. lebih kurang rm10-20 jugak tiap tiap beach tu. kalau kau malas jalan takpe kau deal aje dengan boatman. tanya harga leklok kalau dia baik hati mana tahu boleh diskaun. aku memang suka jalan aje boleh tengok hutan dia sekali.  

Friday 28 April 2017

DAY 1 PULAU PERHENTIAN

ok as i mention in the previous entry yang aku ambil package paling murah sekali kan. haa memang banyak free and easy yelah murah kan takkan banyak aktiviti pulak. harga dia rm300 include permit. ok aku naik bot pukul 10.30am and sampai pulau pukul 11.00am gitu lah. lepak lepak dulu tunggu nak check in sebab check in pukul 12.TAPI BILA FIKIR BALIK BETTER AKU MAIN REDAH AJE ACTUALLY THAN AMBIL PACKAGE. SEBAB AKU BUAT JADUAL SENDIRI. AKU AMBIL PACKAGE SEBAB MALAS NAK FIKIR PASAL TEMPAT TINGGAL AND PASAL MAKAN. bila dengan package kau takyah risau makan dia uruskan tinggal kau pilih aje kau nak turun makan ke tak.

first day memang dalam schedule tu free and easy aje. tapi aku cadangkan jenis yang tak suka berjalan ni ambil yang mahal sikit yang 300++. mahal sikit aje pun. and aktiviti dia banyak nak mampos korang boleh enjoylah kalau ambil yang mahal sikit. 

ok first day free and easy and aku buat jadual sendiri. lepas check in makan solat pe semua aku turun dari bilik. aku bagitau orang yg urus aku punya package tu bagitau dia yang aku nak gi long beach sebab nak tengok windmill dah orang kata lawa. so dia hantar gi long beach and dia suruh call kalau nak balik and kau boleh balik anytime. so lepas zohor aku gi long beach and the first place aku gi is windmill. jalan naik windmill sama macam kau naik gunung gitulah. ada track bahaya ada tak. nak gi windmill ni boleh naik bot and boleh jalan kaki. aku malas nak naik bot and malas nak bazir duit so aku jalan kaki. about 2km gak lah. lepas naik atas so yeahh amazing view. haa jangan lupa bawa air mineral ok otw naik windmill ni tak lah haus nak mati. and pakai selipar yang sesuai or kasut yang sesuai. takyah nak acah acah pakai heels. mampos kau japgi.



aku lepak atas tu lama nak mampos nyesal lak aku lepak lama sangat. haha. aku sampai atas tu pukul 2.30pm tak silap and pukul 6.30pm baru kitorang turun. otw turun tu aku nampak jalan ke kanan tak silap gi ke coral bay beach. allahu memang tak sempat dah lah nak gi. aku malas lah nak jalan dalam hutan maghrib maghrib ni. kalau aku tahu ada jalan nak gi ke coral bay beach dah lama dah aku turun. boleh lepak coral bay beach. lepas turun tu kitorang tak call lagi boatman. aku dengan kawan aku gi mandi mandi and relax relax kat tepi pantai. maghrib tu baru naik and call boatman. dalam pukul 8 gitulah kitorang sampai hostel. sampai tu terus makan dinner. lepas makan baru naik mandi solat pe semua. sebab gi 3 hari so boleh solat jamak and qasar. lepas solat kitorang decide nak gi tengok masjid dia. pastu jalan kaki tak sampai pun 10 minit dah sampai masjid. kitorang lepak lama jugak lah kat masjid. sembang punya sembang dah pukul 10pm. kat masjid ada restaurant aku tak makan pun sebab dah makan kan. dah kenyang takkan nak melantak lagi. lepas tu balik bilik and tidur terus.

Wednesday 26 April 2017

PULAU PERHENTIAN 3D2N

hi guys,

kalini aku nak cite trip aku ke pulau perhentian dan aku berharap entry ni dapat bantu sesape nak gi situ.

first of all aku nak cite pasal pulau perhentian tu sendiri dulu ye. next entry baru aku cite pengalaman aku situ.

aku rasa semorang tahu kan pulau perhentian ada dua, perhentian besar and perhentian kecil. so this is the map



ok aku cerita pasal perhentian kecil aje ye sebab aku stay situ aku tak pergi perhentian besar sebab takde masa. gi 3 hari aje kot. permit masuk pulau tu max 3 hari nak lebih deal sendiri dengan orang tiket and i dont know boleh ke tak. permit tu rm5 sorang. pulau perhentian kecil consists of:

-fisherman village
-petani beach
-mira beach
-rainforest beach
-ombak kecil beach / shari la beach(aku tak sure nama dia apa tapi aku tanya tourists dia jawab tu and aku panggil shari la beach sebab situ shari la resort paling besar haha)
-coral bay beach
-romantic beach
-long beach


tempat paling best nak stay are long beach and ombak kecil beach. situ paling best for me lah. but unfotunately aku ambil package tanpa tanya langsung langsung sebab aku gi memang untuk enjoy nature and nak surprise. aku contact agent yang aku jumpa kat twitter set tarikh aje. and aku follow the flow aje. malas nak ambil port sangat nanti tak surprise and i did not make any research at all. and aku ambil package yang paling murah (yg mana aktiviti dia hanyalah snorkelling aje) sebab aku nak buat aktiviti sendiri. aku stay fisherman village or perkampungan nelayan and i a little bit disappointed lah nyesal lak tak buat ressearch dulu haha. bodo betul aku. bukan apa aku ingat style beach gitu but no. it is a village ada balai polis, sekolah and beautiful mosque. trust me masjid dia lawa nak mampus for me lah. stay situ a little bit boring but its ok. makanan situ paling murah banding kat beaches lain sebab situ kampung. takkan nak jual mahal nak mampos kn. pulau lain pun bukanlah mahal nak mati. tapi a little bit pricey lah kalau banding dengan fisherman village tu.

so aku syorkan kalau korang nak gi rilek rilek pilih antara long beach dengan ombak kecil beach.

haa kalau kau jenis orang yang MEMANG SUKA TEMPAT SUNYI PRIVATE AND SO ON better pilih rainforest beach, mira beach, and petani beach. situ memang sunyi habisan sebab aku rasa only one or two chalet kot yang ada . tak banyak memang tempat dia pun kecil. kalau retis ok lah kot stay situ memang takda orang langsung. ada matsalleh aje tiga empat orang. kalau nak tenangkan fikiran ke pe situ tempat terbaik lah kot. memang tak serabut. but aku tak suka mana sebab macam sunyi sangat. seram pulak jadinya. haha

ni gambar dia. aku campur aje ni gambar petani beach, mira beach, dengan rainforest beach nanti aku bagitau yang mana nanti tak best lah korang dah tahu. haha






ok for those yang suka suasana beaches yang meriah and a little bit nightlife better stay long beach. pemandangan dia pun superb. lawa. situ ada windmill and pe lagi. aku takkan upload gambar long beach sorry. tak surprise lah nanti korang dah tahu. tengok depan mata baru lah seronok. lawa duhh.

and for those yang nak stay tempat biasa biasa aje tak bising sangat and tak sunyi sangat ombak kecil / shari la beach is the most suitable. AND AKU PALING SUKA OMBAK KECIL / SHARI LA BEACH NI. view dia memang awesome. lawa siottt. beach ni pun aku taknak upload gambar. cukup lah sekadar korang tahu view dia nak mampos. LAWA NAK MAMPOS. HAHAHA

romantic beach aku tak tahu sebab tak pergi. sebab takde dalam trek.

so conclusion dia stay lah either long beach or ombak kecil/shari la beach.



Saturday 11 February 2017

SKINCARE COSMODERM REVIEW

hi good evening everybody.

haa kalini aku rasa nak share skin care apa yang aku pakai sebab aku nak mintak pandangan korang tentang cara aku pakai betul ke tak.sekaligus korang pon boleh share korang pakai cane. ha kau sabajap aku nak google gambar dia.




aku pakai tea tree acne skin set yang ni. cosmoderm punya brand. tapi aku punya pelembap dalam bentuk bekas cam cleanser tu bukan dalam bekas centu. wajah baru kot. hahah. mende alah ni tengah promo so aku pun rembat jelah satu set. ni first time tau aku jaga muka. sebelum ni aku langsung tak pernah pakai pape, eh tipulah aku pakai tidact kejap dalam sebulan dua gitu pastu malas. tu pun pakai masa sekolah menengah form five tak silap. 

aku decide nak pakai skin care pon sebab jerawat aku dah makin banyak gatal nak beranak pinak atas muka aku ni macam dah takde tempat lain nak tumbuh geram pulak aku. sebelum ni pencuci muka pun aku takdak wei maybe sebabtu kot naik jerawat dah memang malas nak jaga tanggunglah akibatnya kan? padan muka aku tak appreciate muka masa tengah flawless. 

dah skincare pon aku tak pakai kau hengat aku rajin nak apply makeup bagai? hahaha memang taklah. bedak pon tak pakai. malasnya aku. baru sedar. kuar rumah selama ni bare face aje. orang kata walaupun tak cantik confident tu penting. hahaha.

ni dah jauh menyimpang dari topik ni. kau sabajap aku uturn kejap.  

ni cara aku pakai mende alah cosmoderm ni.

isnin-khamis (weekdays)

weekdays kan kita busy je manjang so kena banyak jaga lah kan sebab banyak terdedah? aku pakai produk ni semua belah malam je aku tak pakai pagi hari tak sempat. sebelum tidur lebih kurang sejam belum tidur aku pergi basuh muka dulu dengan facial cleanser cosmoderm. pastu aku apply oil purifying mask and leave it on for 18 minutes. basuh muka pastu apply oil toning lotion. aku leave it on about 15 minutes biar dia meresap sampai kulit muka aku kering. and then baru pakai blemish xpress tu. 

sabtu-ahad (weekend)

weekend kau boleh rilek rilek. ni pun aku pakai belah malam je okay. pagi hari takde kuasa aku nak jaga muka. sebelum tidur cambiasa gi cuci muka dulu dengan facial cleanser.  and then sapu day and night moisturiser. kalau aku ada mask aku akan pakai mask watsons punya brand ambil yang moisturiser jugak jap aku google gambar.



haa ni. lepas aku apply day and night moisturiser tu terus aku pakai mask. aku biar around 18 minutes and then buang mask pastu urut urut muka dalam bentuk circular ke hape entah aku tengok korea punya beauty show cane cara dia apply something kat muka. urut tu janganlah kejap sangat jangan lama sangat 8 minutes cukup ah.

manusia pun ada hari malas dia kan? aku kan manusia takde maknanya nak consistent tiap hari ada punya hari kau akan skip jugak sebab terlampau busy and penat ke pe. hari yang aku malas sangat nak apply kejadah semua produk tu aku sembur ni aje kat muka sebelum tidur.


haa ni. kalau siang hari sebelum keluar gi kerja ke kelas ke boleh gak nak sembur. air aje pon. 

okay ni baru betul review. atas tadi aku merapu pejadah semua tu cara penggunaan aku aje.haha sorry panjang.

lepas sebulan aku pakai cosmoderm ni alhamdulillah aku rasa kulit aku dah makin ok. jerawat jarang naik tapi ada aje kenkadang naik. tapi jarang lah and jerawat lama aku makin kecut and dia hilang sekali dengan scars jerawat tu. tu yang aku suka. dia tak hilang overnight ok. it takes times. sabar. masa mula mula pakai menggelupas jugaklah kulit aku maybe tak biasa ada chemical kat muka kot. lepas dua tiga hari baru okay. cosmoderm satu je aku tak suka mana. tiap produk dia ada alkohol. tapi kalau nak ikutkan semua benda ceni ada alkohol kn? haha. sebab semua produk mandi aku aku pakai botaneco dari syampu sampailah minyak rambut.



haa ni. aku pakai syampu, conditioner and minyak rambut botaneco sebab semua natural ingredients. wangi lak tu aku suka. ni aje dari aku sekiann.. 


Monday 9 January 2017

SCAMMER

assalamualaikum.

haa harini aku nak share dengan korang semua aku hampir kena scam. macam haram. haha. tak banyak mana nak kena tipu tu tapi tipu tetap tipu. cerita dia cani budak tu entahlah laki ke pompuan aku taktahu dia mesej aku through this number : 66600. before this that number send me messages like from bnk islam ke pe kan. enjoy free IBG yada yada from bankislam biz pe semua. 

hantar mende mende centu aku taktahulah kalau mesej bank islam tu pun is another scam or whatsoever idk. aku pun percaya jelah dah dari number tu. 

this is the message :



and then aku pun send lah emel kat budak tu. baru kejap weh send emel terus dia reply. dia kata dia kat oversea and i assume UK sebab guna smilebank. smilebank yg aku tahu kat UK aje ke ada jugak negara lain idk. and i dont even fikir negatif langsung so aku pun pe lagi continue the business lah. haha. aku jual barang pun bukan barang branded ke pe its just the used good. macam pelik gak gi melancong UK punya jauh boleh pulak kau beli barang secondhand aje kat family sebab dia kata nak post ke sarawak nak bagi kat family dia. macam tak munasabah. tpi takpelah taste masing masing kan manatahu dia berkenan namati kat bag aku tu.

ni aku dan dia replying emails. nak aje aku send fuckoff scammer. tapi macam tak sampai hati. hahaha.

haa kejap one more thing aku baru perasan bila aku baca balik emails dia he keep saying that item so i assume he dont even know what im selling. aku syak dia hantar aje kat emel semorang yang ada kat mudah.my tu. logik tak? hahah pepandai je aku.

aku mintak maaflah english aku kelaut aje weh. aku memang fail english dari sekolah rendah lagi. aku memang tak suka tapi aku praktikkan aje memana and aku main taram aje semua. dengar sedap disebut betul lah tu kot. 






kahkahkah berapa kali entah nak bagitahu hope you understand the procedure. kau dengan segala hormatnya boleh pergi mampos wei. hangin pulak aku. nak scam orang pastu nak menang.





yang ni lagi bangang apa ke bangang may allah punish you. sapa scam sapa ni bro? aku hempuk gak dengan bag yang aku nak jual tu satgi. baru tanya boleh cakap melayu ke tak dah koyak. eloklah kau pergi mampos dik.





dah kantoi scammer terus senyap tak reply aku punya emails. haa kau ingat aku bodoh? infact memang aku tak cerdik manapon haha. tapi takdelah sebodoh boleh ditipu ceni. haha. puji diri sendiri nampak. 
haa kau sabajap aku nak upload email bank tu pulak. sat noh








korang nak tahu apa yang lawak? dr robert beson yang dalam gambar tu. HAHAHAHA RUPANYA DIA TU DOKTOR BETUL aku tak tahulah orang guna gambar dia ke pe jadi CEO SMILE BANK PLC. kalau orang guna memang kesianlah. haha

aku tak pernah orang transfer dari oversea masuk akaun aku so aku tak tahulah betul ke tak. so aku pun refer makcik twitter, alhamdulillah aku terfikir nak refer. aku send emel bank tu ke smile bank yang betul punya. and they said maybe fraud.



ni pesanan aku buat korang korang semua

korang kalau nak buat transaction dengan oversea store online ke pe better rujuk orang yang pandai dulu. or kalau takde sapa sangat nak rujuk boleh aje korang search twitter or just google nak tengok mende tu wujud ke tak. better berhati hati belum jadi pape kan. aku punya mungkin rm60 aje tapi orang lain? manatahu dah beratus dia dah tipu orang lain? ke aku aje dia target? hahaha.

so kalau nak buat transaction online please sesangat tanya orang yang pakar dulu okay. sekian dari aku.
468 x 60