click me

Thursday 24 November 2016

Tuesday 22 November 2016

krabi, thailand 4 & 5

DAY 4 :

dah hari keempat dah. kejap sangat aku rasa. hari keempat memang kecewa habis habisan. hahahaha. pepagi tu bodoh betul aku tak gi check out dulu. sebab check out paling lewat pukul 11 pagi kalau lewat kau kena kompaun. malaun tul. aku sewa motor pagi tu. aku rancang nak gi emerald pool dengan blue pool dengan motor. perjalanan dalam sejam lebih. 75km dari hostel aku tu kalau tak silap. jauh weh.

aku bertolak pukul 8 pagi dan AKU TAK CHECKOUT HOTEL LAGI. bodohnya aku bila ingat balik. aku fikir dan lah kan nak gi emerald. so sambung balik bertolak pukul 8 pagi tadi. kitorang berenti isi minyak pe semua dan jalan. dekat pukul 9 baru betul betul bertolak kot sebab sesat kejap mula mula tu. so gerak masuk highway lah kot. jalan straight aje aku tengok. masuk highway pukul 9am. lepas dalam 45 minit aku rasa, aku pun stop motor. bincang balik dengan member kak aku. aku gi 3 orang. aku bonceng dengan kak aku. member dia naik sorang. 

kak aku jadi gps. dah dia aje boleh tengok waze. kitorang stop tepi. ada dalam 40 minit lagi nak sampai emerald pool. aku kata rasanya tak sempat nak gi emerald. mende yang paling dekat ialah krabi hotspring. dalam 5 minit lagi sampai situ. pastu kitorang setuju nak gi situ je. sebab kalau tak memang lah tak sempat nak balik sebelum pukul 11am kalau gi jugak emerald.

nak kena kompaun ke nak gi emerald? kau rasa mana? aku pilih taknak kompaun dan kena lah berkorban tak nak emerald jugak. mampos membazir woi masa atas motor sampai kematu punggung last last balik bodo aje.

yang lagi geram krabi hotspring tulah. masuk bayar 120 baht sorang. kau tahu apa kat dalam? sial lah aku rasa nak marah aje bila ingat balik. dalam tu teruk weh.air dahlah kotor. nak berendam pon geli. kau tahu sape aje kat dalam? aku tiga orang aje kot. aku tak tahu lah sebab datang awal ke apa. tapi memang membazir gila. aku bayang dia ada kolam air panas yang besar gedabak. ceit besar lebih kurang kolam mandi kanak kanak yang dekat hotel hotel tu aje weh. geram pulak aku. 

maaf lah aku kutuk sikit krabi hotspring. bukan sikit. tapi banyak. sori.

lepastu kitorang pon bertolak balik hostel balik. checkout lepastu tinggal beg beg semua kat lobby. mintak tumpang bag kejap sebab nak jalan lagi dengan motor. baru pukul sebelas kot takkan dah nak bagi kunci. membazir 200 baht kalau tak. nak sewa tu 200 baht okay 24 jam. pastu kitorang waze pantai terdekat iaitu fossil beach.

punyalahh beria aku pergi situ. lawa tapi tulah kau takleh turun sampai pantai. aku tak tahu jalan nak turun dia. dan aku tengok tak dak sorang pon area pantai dia. memang kawal rapi siap dengan askar ada. aku rasa memang banyak fossil kot sebab tu takleh masuk sembarangan. kalau nak masuk tengok fossil, national park tak silap aku nama dia kau kena bayar berapa baht entah sorang. lupa sebab aku tak masuk. sebab entah, tak rasa nak masuk. aku ambil gambar pantai tu dari jauh aje.

kitorang gi makan lepas tu. makan kenyang kenyang and then gerak gi surat thani. macam biasa. ambil songthaew gi krabi town, dar krabi town ambil bus gi surat thani bus station. dari surat thani bus station gi banana cabins naik songthaew agaim. songthaew memang akan tunggu area bus turun. biasalah nak cari pelanggan. sebab flight return aku pun kat surat thani. aku taknak rushing takut tak sempat ke apa saja pulak terlepas flight. sari aku cari masalah baik lah aku stay surat thani aje.

haa kat surat thani aku stay banana cabins. ya allah scary sial tempat dia. takde orang stay pun situ dahlah gelap aku sampai malam. dalam pulak tu tempat dia. bilik lah takde tandas. tandas luar ada katak dalam tandas ada cacing ya allah dugaan betul. aku dahlah takut mende gitu weh sampai berteman mandi. dah takut weh. seram betul bila ingat balik. dahlah bawah rumah dia ada dua ekor anjing. tiap kali aku lalu tiap kali tu lah dia menyalak.

asik melatah aje aku duk situ. memang menyesal duk situ. satu malam 150 baht. deposit kunci 300 baht. lepas checkout kau akan dapat balik deposit jangan risau. 

p.s: 
kalau kau jenis suka tempat sunyi and nature boleh lah try duk banana cabins tapi aku totally tak suka. maaf. 

DAY 5 :

situ breakfast dia prepare. makan roti bakar pagi tu. pastu dia ada buat transport gi hantar airport. dia ambil 500 baht per trip. dia hantar kitorang gi surat thani airport dalam pukul 8.30am gerak. ambil masa dalam 40 minit gaklah nak sampai airport. kitorang lepak aiport aje sebab flight pukul 1.00pm. sampai klia pukul 2.30pm.

OK DAH HABIS. BYE BYE THAILAND. HOPE TO SEE YOU AGAIN.

krabi, thailand 3

assalamualaikum.

DAY 3 :

ok aku nak sambung aku punya story for the third day pulak. entry lepas aku dah bagitau kan aku ambil orchid tour agent untuk aku punya aktiviti hari ketiga kan? for the third day aku buat aktiviti hutan iaitu jungle tour.

macam biasa tour agent akan pickup depan hotel. takyah risau pasal transport. kali ni pegi dengan van yang muat 12 orang aje kot. sebab perjalanan jauh dalam sejam setengah nak boleh ke sampai kat tempat aktiviti tu. lama woii aku dahlah bangun awal sebab bertolak pukul 8 pagi. memang mengantuk lah. pastu apa lagi tidur ajelah kerja aku sepanjang jalan.

bangun aje tidur makan. pastu tidur balik.haha. aku sarankan kau bawak roti ke apa ke sebagai alas perut. makan aje dalam van sebab aku perati memasing bawak gak bekal. kau beli lah roti kat seven eleven ke apa. nak boleh makan lunch lama jugak. better prepare breakfast.

lepas sejam setengah journey sampailah kat tempat tu. tengah hutan gaklah. first sekali dia akan bagi kunci loker. letak belonging kau kat situ kalau rasa taknak hilang time main. aku letak henfon dalam tu sebab aku tak bawak case kalis air. case kalis air kan boleh gantung kat tengkuk so senang. boleh bawa gi memana aje.

first aktiviti ialah main ATV. motor 4 roda tu. confirm semorang kenallah. aku ingat punyalah mudah nak handle moto tu sebab dia 4 roda. rupanya lagi susah woii. berat nak mampos handle dia. lalu pulak jalan berbatu dahlah payah nak belok kiri kanan dah berat. tapi takpalah kan. boleh try benda baru. boleh jadi kenangan. boleh buat pengalaman. n so on. tah apa aku merepek. hahaha.

masa aku main mende alah atv tu kan. ada lah makcik dengan anak dia kot. dia naik atv tu sekali. mende tu susah nak kawal. pastu derang terjatuh dalam lubang? longkang? tah aku tak reti nak kata apa. macam longkang besar tapi bukan longkang. kiranya macam lubang lah kot. memanglah tak ada kecederaan tapi mesti sakit kan. jatuh kot. aku tengok pun ngeri. takut aku nak bawak lepastu. tapi adat lah kan. kita tak pernah naik.

lepastu nasib baik lah trainer tu tolong bawak. kiranya derang bonceng ngan trainer lah. best gila aku rasa nak dengan trainer, bukan apa boleh dia  willy sampai tinggal 2 tayar aje cecah tanah. gila bapak coolio. hahaha. lama jugaklah main mende alah tu. dalam 30 minit tapi laluan sama aja. pusing pusing tempat sama aja. tapi memang mencabarlah laluan dia. aku suka.

next activity aku buat ialah rafting. aku kecewa doh dengan rafting. aku ingat kita lah yang kayuh sendiri mende tu tapi rupanya memang staf dia yang tolong kayuhkan. kau duduk aje tengok kiri kanan. staf yang kayuh 2 orang aje. naik 4 orang satu raft. aku ingat punyalah deras arus tu tapi tak mana. keciwaaaaa. tapi takpalah best jugak sebab aku tak pernah try rafting sebelum ni so rasa lah jugak fun dia tu.

lepas rafting, lunch. lunch free. dah ada makanan kat meja semua kau pergi duduk aje. makan. setel.

lepas makan buat aktiviti flying fox. bagi yang ambil elephant trekking gi elephant trekking. aku tak sampai hati nak naik gajah. kesian. so aku tak ambik yang ada elephant trekking punya. flying fox best. aku suka. best gila. hahaha. kalau tali dia tak putus putus sampai kat malaysia lagilah aku suka. hahaha.

lepas flying fox dia akan bagi kau rehat 40 minit tak silap. aku pergi jenjalan dengan kakak aku. saja round hutan tapi tak gi jauhlah takut kena baham rimau. haha. tak lama lepas jenjalan aku tengok ada baki masa dalam setengah jam lagi aku gi tidur kat pondok. kawasan tu ada banyak aje pondok aku cari tempat paling best pastu tidur. letih wei. memang best lah tidur. sapa je tak suka kan? haha

lepas habis rehat pe semua dalam pukul 2.00pm camtu derang bawak kitorang pergi waterfall. aku lupa pe nama waterfall tu. gi mandi situ kejap dalam 30 minit. air sejuk. best. pastu gerak balik gi hutan kat tempat memula tu. lepak dalam 15 minit tunggu orang elephant trekking sampai. ambil semua barang dari loker, pulangkan kunci apa semua gerak balik. tapi tak balik terus, tour agent singgah kat monkey temple. aku betullah berjodoh dengan monyet asik pergi tempat penuh monyet aje.haha.

ada jual jual kat situ. aku beli air aje. dahaga. pastu macam biasalah bawak keluar kamera tangkap gambar situ sini. tapi jaga sikit jalan tu taik monyet merata.

duk kat monkey temple dalam 20 minit kitorang gerak balik. dia hantar hostel. dalam pukul 5.15pm aku sampai hotel.

overall aku kasi 4/5 bintang lah kot untuk trip haritu. tak cukup bintang tu bukan sebab apa, sebab rafting aku takleh kayuh sendiri. aku geram.haha.

p.s :
setiap aktivti dia akan ambil gambar kau pastu framekan. dia jual bukan bagi free, kalau kau rasa nak beli better bawak duit lah. aku tak beli dah belambak aku tangkap gambar dengan aku punya kamera. aku boleh cuci sendiri bila balik nanti. haa satu lagi, staf dia suka mintak tips. kalau kau rasa nak bagi bagi ajelah tapi aku tak bagi dah aku travel bukan travel mewah setakat backpacker, bajet sikit. aku jawab aje kat staf dia yang mintak tips tu aku tak bawak duit pun datang sini. tapi memang aku tak bawak pon. hahaha. tak tipu okay.

sampai hotel, aku mandi solat pe semua. tunggu maghrib kejap pastu keluar. aku sewa motor hostel tu lah. aku keluar gi cari makanan. yang orang suka sangat penkek nutella yaminlah tu. ada banyak gak stall food sepanjang jalan tu. aku rasa macam biasa aje penkek tu. tak sedap dan tak tak sedap. faham tak? haha. biasa aja. tapi kalau makan sorang memang tak habislah. muak sangat.

lepastu cari kedai souvenir area hostel depan masjid. situ murah sikit banding kat area tepi pantai aonang. biasalah tepi pantai. mahal sikit. tapi situ banyak pilihan. tapi aku cari area masjid, murah. dah aku bajet ciput takkanlah aku nak gi kedai mahal. memang taklah kn? tapi bagi aku kau jalan aje area pantai aonang banyak sangat souvenir boleh beli.

pastu beres semua. baliklah. berakhirlah malam ketiga kitorang kat pop in hostel. aku sedih weh nak tinggal pop in. best kot stay situ.

esok aku sambung etry untuk hari keempat lak. okbai.

Thursday 17 November 2016

krabi, thailand 2

ok gais jom sambung.

DAY 2 :

semalam aku stop dekat orchid tour kan. ok harga untuk phi phi island tour dengan jungle tour for third day 2500 baht for both. murah tak? ok lah kan? takke?

hari kedua ni aku buat phi phi island tour. pekerja orchid tour datang pickup depan hostel pukul 8 pastu gi jemput orang lain lain and then gi pulau. phi phi island tour ni termasuk lah viking cave, monkey beach, phi phi don, maya bay, bamboo island and loh samah bay. tak silap aku lah aku pun dah ingat ingat lupa ni. tak semua stop snorkelling and tak semua stop mandi. yang aku ingat bamboo island stop untuk snorkelling pastu berehat dalam sejam lebih aku tidur kot situ dah letih nak mampos main air. pastu stop area maya bay tak silap mandi situ dalam 30 minit gak ah.

yang lain berenti ambik gambar je. aku ingat semua turun mandi. haha. dalam boat dia bagi air mineral / coke free. kau nak mintak. mula mula aku tak tahu dia bagi air free pastu aku tengok semorang pegang air lepas naik mandi. aku dahlah tak bawak air. tengah haus laktu. tengok aje orang teguk air memang sial tul. pastu tetiba tour guide tengok aku tanya nak air ke? baru aku tahu ada air orang dah nak mampos baru nak bagi.haha. lunch dekat phi phi don. kau ikut aje tour guide gi kat makanan dulu sebab dia akan tanda tangan kau dengan marker so kau dapat makan free. kalau tak tanda nanti kena bayar. masuk toilet pon kena bayar kalau takde tanda tangan tu.

dalam boat masa nak balik tu dia ada sediakan tembikai. better kau duduk seat tepi tembikai boleh makan banyak. hahahaha. aku duk jauh aku makan sekeping aje tak larat nak gi ambik pastu nak buang mende alah kulit tembikai tu. malas nak gerak. letih woii. stop kat monkey beach nasib baik monyet tu tak buat pape kat aku. sebab ada jugak orang lain kena gigit. kesiann. haha. kat monkey beach turun kejap gi ambil gambar ngan monyet dalam 30 minit centu gerak balik naik bot.

yang lain ambik ambik gambar aje. haa ni aku tulis ni tak ikut turutan aku tulis ikut yang aku ingat je ni. pastu dalam pukul 4pm camtu baliklah. dia hantar balik sampai hostel kau jangan risau. kalau kau nak balik jalan suruh dia hantar area pantai aonang pon boleh. tapi basah basah memang tak lah kan nak stop nak jalan sendiri.

ni main things kau kena bawa nak gi phi phi tour :

1-beg kalis air. kat pantai aonang berlambak jual. kau cari yang paling murah kalau pandai mintak tawar. tawar ok.

2-towel. dah basah kuyup kalau naik bot pastu naik pulak speedboat (aku punya tour naik speedboat lupa nak bagitahu) memang sejuk lah wei. kena air pastu kena angin. sejuk nak mampos. aku lupa bawak towel memang meremang bulu roma aku.

3-fon case kalis air takpun go pro casing kalis air tu and then better bawak hand strap. nak terjun air pun takyah risau handstrap ada. takyah susah susah nak pegang. kang jatuh mampos. air dalam. so better berjaga.

4-sunblock kau nak bawak pon boleh taknak bawak pon boleh. kalau taknak bawak better sapu awal awal sebelum dia pickup. aku sunburn teruk weh. aku rasa better bawak. bagi akulah. jenis kulit tough kena matahari tak jadi apa takpalah tak bawak pon.

nak aku post sekali dengan gambar ke? malas doh. jap aku payung sekeping gambar.


sekeping ajelah eh. hahah. aku banyak ambil video. takkan nak letak video pulak.

REACH HERE | THAILAND , KRABI

Gosh it has been so long since I last updated my blog. so this year my destination is Thailand. to be exact, Krabi. many people suggest this is one of the best places for holidays and I'm gonna be one of the "many people" that suggest this place.

let's start rocking.

DAY 1 :

my flight from KLIA to SURATTHANI (aku ambil suratthani punya airport sebab turun sini tiket lagi murah banding turun straight krabi) pukul 11.15am and arrived there at 12.30pm. perjalanan lebih kurang sejam lebih aje. masa kat thailand awal sejam so sampai aje kat airport pepandai lah ye ubah terus jam tu.

lepastu tunggu kat airport lebih kurang sejam lah jugak duk tunggu beratur untuk selesai immigration sebab kaunter ada tiga bukak satu takke lama nak tunggu. banyak nak mampos tour agent at the aiport takyah risau pasal transport nak gi krabi. aku suggest takyah beli simcard di airport sebab plan mengarut pastu mahal nak mampos. aku ambil phantip tour bus untuk ke suratthani bus station. 100 baht per person for the ticket. sampai suratthani bus station lebih kurang pukul 2.30pm. kalau phantip tour dia akan berenti betul betul depan company dia punya counter ticket so aku ambillah phantip tour jugak nak ke krabi. haa sinilah aku beli simcard. area suratthani bus station. lagi okay sini. about 180baht 4gb for 5days. oklah kan?

aku ambil minivan bukan bus sebab bas lambat sangat gerak takut sampai malam sangat kat krabi. for minibus harga ticket 250 baht. bas gerak 3.30pm and arrived in krabi at 5.30pm. aku stay aonang sebab aku rasa situ lagi banyak mende kot banding dengan krabi town. lepastu akan ada songthaew tunggu seberang jalan minibus tu berhenti.

kau tanya songthaew gi tak aonang jangan main naik aje kang mampos gi kat lain. kalau gi aonang 60 baht sorang tapi aku suruh dia hantar gi hostel tempat aku stay terus sebab malas dah nak jalan so aku bayar lebih sikit 80baht. aku stay pop in hostel. best doh stay situ. memalam ada free bbq and loud music with flashy lights lebih kurang street club (haha pepandai je) maybe sebab ramai mat saleh situ. aku rasa aku dengan kenkawan je kot islam yang stay situ. tempat shower and toilet campur laki pompuan sebab toilet kat luar bilik macam kau duk asrama lah. situ ada bilik for female, male, and mixed. rasa pondan masuklah mix tu.haha

semalam around 200 baht aku stay for 3 nights situ kira sendiri berapa bajet. malas. haha. pastu kau kena bayar lebih for key and towel deposit nanti kau check out dapat balik duit tu jangan risau. around 400 baht kot. 100 baht for key and 300 baht for towel. lebih kurang lah. so lepas letak bag pe semua mandi and solat. aku keluar carik makanan lapar kot seharian tak makan. duk kunyah roti yang aku beli kat klia je. makanan situ mahal nak mampos.. tapi biasalah kan kalau negara duit  murah makanan mahal kalau negara duit mahal makanan murah. aku makan sorang lebih kurang 200-300 baht.

sebelah hostel yang aku stay ada orchid tour punya travel agent. situ banyak namati weh tour agent kau takyah risau. tanya aje semua kalau nak harga paling murah. aku sembang dengan local situ dia kata kalau travel agent best dengan tour orchid. tapi harga dia mahal sikit lah berbanding tour agent lain mahal pon lebih kurang 100 baht gitu je.

aku ambil orchid tour agent untuk aktiviti esok. ok bersambung next post lah pulak. penat dah. nati aku update balik.
468 x 60