click me

Friday 28 April 2017

DAY 1 PULAU PERHENTIAN

ok as i mention in the previous entry yang aku ambil package paling murah sekali kan. haa memang banyak free and easy yelah murah kan takkan banyak aktiviti pulak. harga dia rm300 include permit. ok aku naik bot pukul 10.30am and sampai pulau pukul 11.00am gitu lah. lepak lepak dulu tunggu nak check in sebab check in pukul 12.TAPI BILA FIKIR BALIK BETTER AKU MAIN REDAH AJE ACTUALLY THAN AMBIL PACKAGE. SEBAB AKU BUAT JADUAL SENDIRI. AKU AMBIL PACKAGE SEBAB MALAS NAK FIKIR PASAL TEMPAT TINGGAL AND PASAL MAKAN. bila dengan package kau takyah risau makan dia uruskan tinggal kau pilih aje kau nak turun makan ke tak.

first day memang dalam schedule tu free and easy aje. tapi aku cadangkan jenis yang tak suka berjalan ni ambil yang mahal sikit yang 300++. mahal sikit aje pun. and aktiviti dia banyak nak mampos korang boleh enjoylah kalau ambil yang mahal sikit. 

ok first day free and easy and aku buat jadual sendiri. lepas check in makan solat pe semua aku turun dari bilik. aku bagitau orang yg urus aku punya package tu bagitau dia yang aku nak gi long beach sebab nak tengok windmill dah orang kata lawa. so dia hantar gi long beach and dia suruh call kalau nak balik and kau boleh balik anytime. so lepas zohor aku gi long beach and the first place aku gi is windmill. jalan naik windmill sama macam kau naik gunung gitulah. ada track bahaya ada tak. nak gi windmill ni boleh naik bot and boleh jalan kaki. aku malas nak naik bot and malas nak bazir duit so aku jalan kaki. about 2km gak lah. lepas naik atas so yeahh amazing view. haa jangan lupa bawa air mineral ok otw naik windmill ni tak lah haus nak mati. and pakai selipar yang sesuai or kasut yang sesuai. takyah nak acah acah pakai heels. mampos kau japgi.



aku lepak atas tu lama nak mampos nyesal lak aku lepak lama sangat. haha. aku sampai atas tu pukul 2.30pm tak silap and pukul 6.30pm baru kitorang turun. otw turun tu aku nampak jalan ke kanan tak silap gi ke coral bay beach. allahu memang tak sempat dah lah nak gi. aku malas lah nak jalan dalam hutan maghrib maghrib ni. kalau aku tahu ada jalan nak gi ke coral bay beach dah lama dah aku turun. boleh lepak coral bay beach. lepas turun tu kitorang tak call lagi boatman. aku dengan kawan aku gi mandi mandi and relax relax kat tepi pantai. maghrib tu baru naik and call boatman. dalam pukul 8 gitulah kitorang sampai hostel. sampai tu terus makan dinner. lepas makan baru naik mandi solat pe semua. sebab gi 3 hari so boleh solat jamak and qasar. lepas solat kitorang decide nak gi tengok masjid dia. pastu jalan kaki tak sampai pun 10 minit dah sampai masjid. kitorang lepak lama jugak lah kat masjid. sembang punya sembang dah pukul 10pm. kat masjid ada restaurant aku tak makan pun sebab dah makan kan. dah kenyang takkan nak melantak lagi. lepas tu balik bilik and tidur terus.

No comments:

Post a Comment

468 x 60