click me

Wednesday 26 April 2017

PULAU PERHENTIAN 3D2N

hi guys,

kalini aku nak cite trip aku ke pulau perhentian dan aku berharap entry ni dapat bantu sesape nak gi situ.

first of all aku nak cite pasal pulau perhentian tu sendiri dulu ye. next entry baru aku cite pengalaman aku situ.

aku rasa semorang tahu kan pulau perhentian ada dua, perhentian besar and perhentian kecil. so this is the map



ok aku cerita pasal perhentian kecil aje ye sebab aku stay situ aku tak pergi perhentian besar sebab takde masa. gi 3 hari aje kot. permit masuk pulau tu max 3 hari nak lebih deal sendiri dengan orang tiket and i dont know boleh ke tak. permit tu rm5 sorang. pulau perhentian kecil consists of:

-fisherman village
-petani beach
-mira beach
-rainforest beach
-ombak kecil beach / shari la beach(aku tak sure nama dia apa tapi aku tanya tourists dia jawab tu and aku panggil shari la beach sebab situ shari la resort paling besar haha)
-coral bay beach
-romantic beach
-long beach


tempat paling best nak stay are long beach and ombak kecil beach. situ paling best for me lah. but unfotunately aku ambil package tanpa tanya langsung langsung sebab aku gi memang untuk enjoy nature and nak surprise. aku contact agent yang aku jumpa kat twitter set tarikh aje. and aku follow the flow aje. malas nak ambil port sangat nanti tak surprise and i did not make any research at all. and aku ambil package yang paling murah (yg mana aktiviti dia hanyalah snorkelling aje) sebab aku nak buat aktiviti sendiri. aku stay fisherman village or perkampungan nelayan and i a little bit disappointed lah nyesal lak tak buat ressearch dulu haha. bodo betul aku. bukan apa aku ingat style beach gitu but no. it is a village ada balai polis, sekolah and beautiful mosque. trust me masjid dia lawa nak mampus for me lah. stay situ a little bit boring but its ok. makanan situ paling murah banding kat beaches lain sebab situ kampung. takkan nak jual mahal nak mampos kn. pulau lain pun bukanlah mahal nak mati. tapi a little bit pricey lah kalau banding dengan fisherman village tu.

so aku syorkan kalau korang nak gi rilek rilek pilih antara long beach dengan ombak kecil beach.

haa kalau kau jenis orang yang MEMANG SUKA TEMPAT SUNYI PRIVATE AND SO ON better pilih rainforest beach, mira beach, and petani beach. situ memang sunyi habisan sebab aku rasa only one or two chalet kot yang ada . tak banyak memang tempat dia pun kecil. kalau retis ok lah kot stay situ memang takda orang langsung. ada matsalleh aje tiga empat orang. kalau nak tenangkan fikiran ke pe situ tempat terbaik lah kot. memang tak serabut. but aku tak suka mana sebab macam sunyi sangat. seram pulak jadinya. haha

ni gambar dia. aku campur aje ni gambar petani beach, mira beach, dengan rainforest beach nanti aku bagitau yang mana nanti tak best lah korang dah tahu. haha






ok for those yang suka suasana beaches yang meriah and a little bit nightlife better stay long beach. pemandangan dia pun superb. lawa. situ ada windmill and pe lagi. aku takkan upload gambar long beach sorry. tak surprise lah nanti korang dah tahu. tengok depan mata baru lah seronok. lawa duhh.

and for those yang nak stay tempat biasa biasa aje tak bising sangat and tak sunyi sangat ombak kecil / shari la beach is the most suitable. AND AKU PALING SUKA OMBAK KECIL / SHARI LA BEACH NI. view dia memang awesome. lawa siottt. beach ni pun aku taknak upload gambar. cukup lah sekadar korang tahu view dia nak mampos. LAWA NAK MAMPOS. HAHAHA

romantic beach aku tak tahu sebab tak pergi. sebab takde dalam trek.

so conclusion dia stay lah either long beach or ombak kecil/shari la beach.



No comments:

Post a Comment

468 x 60