click me

Sunday 30 April 2017

DAY 2 & 3 PULAU PERHENTIAN

haa nak tahu second day aku buat apa? second day aktiviti dalam package aku ambil tu snorkelling about 6points tak silap aku. so bangun awal pagi tu gi breakfast and snorkelling start pukul 10.30am. so lepas makan sambung tidur. pukul 10.30am kitorang turun gi kat boat and start aktiviti snorkelling. points snorkelling yang aku ingat ialah :

-shark points
-turtle beach
-lata air berani (turun kat beach dia)
-ada 3 lagi aku lupa. sorry!

snorkelling habis pukul 1pm centu lah. sampai aje kat hostel kitorang makan terus. naik solat and tidur kejap sebab letih sangat pukul 5 kitorang turun lepas solat pe semua. second day ni aku dah rancang nak keliling pulau so here we go.

aku stay kampung nelayan kan so jalan nak gi ke pulau lain tu kau kena discover sikit sebab dia kat dalam kampung gitu. kau tanya local lah senang. aku pun start jalan lalu ikut track dia. first beach yang aku sampai is petani beach.

jap aku tunjuk track dia.





ni sebahagian track dia. so kalau rasa nak jalan ikut sini sila bawa kasut or selipar yang sesuai ok. and ada tangga jugak tapi aku tak jumpa mana gambar dia. takpalah ni jelah yang aku mampu tunjuk. korang discover lah pulak sendiri. lepas petani beach kau akan jumpa mira beach tak silap aku. oh lupa nak mention dari beach ke beach lebih kurang 10 minutes gitulah. and tiap kali ada view superb aku akan berenti ambil gambar. so lama lah sikit berentinya. ada satu track tu tengah tengah hutan ada cam bridge gitu but not really. aku tak tahu lah orang panggil apa. haa sabajap aku upload gamba dia. lawa siot.




ha nii. lawa kan? aku nyesal pulak turun lewat sangat kalau tak boleh lepak sini for 20 minutes gitu. dah aku turun pukul 5 and there is still few beaches left yang aku nak gi. so memang tak sempat lah kalau nak lepak tempat tu. so lepas ambil gambar pe semua kitorang gerak. next destination is rainforest beach. aku dah mention kan beach beach ni private and kecil? ok dah. teruskan jalan.

kau akan jumpa bermacam jenis chalet kat beach beach yang aku mention and dalam hutan pon ada jugak chalet. ada yang lawa. yang aku paling rasa lawa is dekat dengan ombak kecil beach(bukan di ombak kecil) tapi DEKAT. tak sampai 5 minit pun nak gi ombak kecil beach kalau stay kat tempat tinggal yang aku mention ni. aku tak tahu nama dia apa but dia macam rumah kecil atas batu. menarik duh.. aku tak tahu ada tempat gitu. kalau tak dah lama duk situ. view dia awesome gila lawa nak mampos. aku rasa sesapa duk situ untung gila dia boleh tengok the whole ombak kecil beach. aku tak ambil gambar chalet tu sebab ada orang. takkan nak ambil kan macam kurang ajar lah pulak.

aku lupa senanya berapa beach yang aku lalu. tapi yang aku ingat tu aku mention dah atas tu. maybe dah semua lah tu kot. entah lupa doh. ahaha. memang lah aku ambil gambar tapi mana ada aku caption kan pape kat gambar gambar tu. hahaha. aku start pukul 5pm dari fisherman village and sampai ombak kecil beach pukul 6.50pm. sempat lepak situ for 20 minutes gitu je. lepastu aku call boatman tak larat dah nak jalan balik. and satu lagi dah maghrib. malas nak cari pasal dalam hutan tu.hahaha. call boatman and dia pickup dalam pukul 7.30pm gitulah. sempai tu terus makan mandi solat tido.

LAST DAY

last day memang kitorang tak buat pape langsung sebab checkout pukul 10am. lepas breakfast naik bilik and sambung tido. letih oii kaki seharian berjalan. jalan pulak mencabar nak mampos. lepas kemas kemas and check out  kitorang just lepak kat jeti aje sampai pukul 12. sebab boatman pickup pukul doblas. sembang punya sembang tup tup boat dah sampai. and then touchdown kuala besut. jalan kaki ambil bas gi kuala terengganu pulak..THE END

haa kau sabajap aku lupa nak mention dari beach ke beach tu kau boleh jugak kalau nak ambil boat. tapi bayar lah cambiasso ler. lebih kurang rm10-20 jugak tiap tiap beach tu. kalau kau malas jalan takpe kau deal aje dengan boatman. tanya harga leklok kalau dia baik hati mana tahu boleh diskaun. aku memang suka jalan aje boleh tengok hutan dia sekali.  

No comments:

Post a Comment

468 x 60