click me

Tuesday 22 November 2016

krabi, thailand 4 & 5

DAY 4 :

dah hari keempat dah. kejap sangat aku rasa. hari keempat memang kecewa habis habisan. hahahaha. pepagi tu bodoh betul aku tak gi check out dulu. sebab check out paling lewat pukul 11 pagi kalau lewat kau kena kompaun. malaun tul. aku sewa motor pagi tu. aku rancang nak gi emerald pool dengan blue pool dengan motor. perjalanan dalam sejam lebih. 75km dari hostel aku tu kalau tak silap. jauh weh.

aku bertolak pukul 8 pagi dan AKU TAK CHECKOUT HOTEL LAGI. bodohnya aku bila ingat balik. aku fikir dan lah kan nak gi emerald. so sambung balik bertolak pukul 8 pagi tadi. kitorang berenti isi minyak pe semua dan jalan. dekat pukul 9 baru betul betul bertolak kot sebab sesat kejap mula mula tu. so gerak masuk highway lah kot. jalan straight aje aku tengok. masuk highway pukul 9am. lepas dalam 45 minit aku rasa, aku pun stop motor. bincang balik dengan member kak aku. aku gi 3 orang. aku bonceng dengan kak aku. member dia naik sorang. 

kak aku jadi gps. dah dia aje boleh tengok waze. kitorang stop tepi. ada dalam 40 minit lagi nak sampai emerald pool. aku kata rasanya tak sempat nak gi emerald. mende yang paling dekat ialah krabi hotspring. dalam 5 minit lagi sampai situ. pastu kitorang setuju nak gi situ je. sebab kalau tak memang lah tak sempat nak balik sebelum pukul 11am kalau gi jugak emerald.

nak kena kompaun ke nak gi emerald? kau rasa mana? aku pilih taknak kompaun dan kena lah berkorban tak nak emerald jugak. mampos membazir woi masa atas motor sampai kematu punggung last last balik bodo aje.

yang lagi geram krabi hotspring tulah. masuk bayar 120 baht sorang. kau tahu apa kat dalam? sial lah aku rasa nak marah aje bila ingat balik. dalam tu teruk weh.air dahlah kotor. nak berendam pon geli. kau tahu sape aje kat dalam? aku tiga orang aje kot. aku tak tahu lah sebab datang awal ke apa. tapi memang membazir gila. aku bayang dia ada kolam air panas yang besar gedabak. ceit besar lebih kurang kolam mandi kanak kanak yang dekat hotel hotel tu aje weh. geram pulak aku. 

maaf lah aku kutuk sikit krabi hotspring. bukan sikit. tapi banyak. sori.

lepastu kitorang pon bertolak balik hostel balik. checkout lepastu tinggal beg beg semua kat lobby. mintak tumpang bag kejap sebab nak jalan lagi dengan motor. baru pukul sebelas kot takkan dah nak bagi kunci. membazir 200 baht kalau tak. nak sewa tu 200 baht okay 24 jam. pastu kitorang waze pantai terdekat iaitu fossil beach.

punyalahh beria aku pergi situ. lawa tapi tulah kau takleh turun sampai pantai. aku tak tahu jalan nak turun dia. dan aku tengok tak dak sorang pon area pantai dia. memang kawal rapi siap dengan askar ada. aku rasa memang banyak fossil kot sebab tu takleh masuk sembarangan. kalau nak masuk tengok fossil, national park tak silap aku nama dia kau kena bayar berapa baht entah sorang. lupa sebab aku tak masuk. sebab entah, tak rasa nak masuk. aku ambil gambar pantai tu dari jauh aje.

kitorang gi makan lepas tu. makan kenyang kenyang and then gerak gi surat thani. macam biasa. ambil songthaew gi krabi town, dar krabi town ambil bus gi surat thani bus station. dari surat thani bus station gi banana cabins naik songthaew agaim. songthaew memang akan tunggu area bus turun. biasalah nak cari pelanggan. sebab flight return aku pun kat surat thani. aku taknak rushing takut tak sempat ke apa saja pulak terlepas flight. sari aku cari masalah baik lah aku stay surat thani aje.

haa kat surat thani aku stay banana cabins. ya allah scary sial tempat dia. takde orang stay pun situ dahlah gelap aku sampai malam. dalam pulak tu tempat dia. bilik lah takde tandas. tandas luar ada katak dalam tandas ada cacing ya allah dugaan betul. aku dahlah takut mende gitu weh sampai berteman mandi. dah takut weh. seram betul bila ingat balik. dahlah bawah rumah dia ada dua ekor anjing. tiap kali aku lalu tiap kali tu lah dia menyalak.

asik melatah aje aku duk situ. memang menyesal duk situ. satu malam 150 baht. deposit kunci 300 baht. lepas checkout kau akan dapat balik deposit jangan risau. 

p.s: 
kalau kau jenis suka tempat sunyi and nature boleh lah try duk banana cabins tapi aku totally tak suka. maaf. 

DAY 5 :

situ breakfast dia prepare. makan roti bakar pagi tu. pastu dia ada buat transport gi hantar airport. dia ambil 500 baht per trip. dia hantar kitorang gi surat thani airport dalam pukul 8.30am gerak. ambil masa dalam 40 minit gaklah nak sampai airport. kitorang lepak aiport aje sebab flight pukul 1.00pm. sampai klia pukul 2.30pm.

OK DAH HABIS. BYE BYE THAILAND. HOPE TO SEE YOU AGAIN.

No comments:

Post a Comment

468 x 60