click me

Tuesday 22 November 2016

krabi, thailand 3

assalamualaikum.

DAY 3 :

ok aku nak sambung aku punya story for the third day pulak. entry lepas aku dah bagitau kan aku ambil orchid tour agent untuk aku punya aktiviti hari ketiga kan? for the third day aku buat aktiviti hutan iaitu jungle tour.

macam biasa tour agent akan pickup depan hotel. takyah risau pasal transport. kali ni pegi dengan van yang muat 12 orang aje kot. sebab perjalanan jauh dalam sejam setengah nak boleh ke sampai kat tempat aktiviti tu. lama woii aku dahlah bangun awal sebab bertolak pukul 8 pagi. memang mengantuk lah. pastu apa lagi tidur ajelah kerja aku sepanjang jalan.

bangun aje tidur makan. pastu tidur balik.haha. aku sarankan kau bawak roti ke apa ke sebagai alas perut. makan aje dalam van sebab aku perati memasing bawak gak bekal. kau beli lah roti kat seven eleven ke apa. nak boleh makan lunch lama jugak. better prepare breakfast.

lepas sejam setengah journey sampailah kat tempat tu. tengah hutan gaklah. first sekali dia akan bagi kunci loker. letak belonging kau kat situ kalau rasa taknak hilang time main. aku letak henfon dalam tu sebab aku tak bawak case kalis air. case kalis air kan boleh gantung kat tengkuk so senang. boleh bawa gi memana aje.

first aktiviti ialah main ATV. motor 4 roda tu. confirm semorang kenallah. aku ingat punyalah mudah nak handle moto tu sebab dia 4 roda. rupanya lagi susah woii. berat nak mampos handle dia. lalu pulak jalan berbatu dahlah payah nak belok kiri kanan dah berat. tapi takpalah kan. boleh try benda baru. boleh jadi kenangan. boleh buat pengalaman. n so on. tah apa aku merepek. hahaha.

masa aku main mende alah atv tu kan. ada lah makcik dengan anak dia kot. dia naik atv tu sekali. mende tu susah nak kawal. pastu derang terjatuh dalam lubang? longkang? tah aku tak reti nak kata apa. macam longkang besar tapi bukan longkang. kiranya macam lubang lah kot. memanglah tak ada kecederaan tapi mesti sakit kan. jatuh kot. aku tengok pun ngeri. takut aku nak bawak lepastu. tapi adat lah kan. kita tak pernah naik.

lepastu nasib baik lah trainer tu tolong bawak. kiranya derang bonceng ngan trainer lah. best gila aku rasa nak dengan trainer, bukan apa boleh dia  willy sampai tinggal 2 tayar aje cecah tanah. gila bapak coolio. hahaha. lama jugaklah main mende alah tu. dalam 30 minit tapi laluan sama aja. pusing pusing tempat sama aja. tapi memang mencabarlah laluan dia. aku suka.

next activity aku buat ialah rafting. aku kecewa doh dengan rafting. aku ingat kita lah yang kayuh sendiri mende tu tapi rupanya memang staf dia yang tolong kayuhkan. kau duduk aje tengok kiri kanan. staf yang kayuh 2 orang aje. naik 4 orang satu raft. aku ingat punyalah deras arus tu tapi tak mana. keciwaaaaa. tapi takpalah best jugak sebab aku tak pernah try rafting sebelum ni so rasa lah jugak fun dia tu.

lepas rafting, lunch. lunch free. dah ada makanan kat meja semua kau pergi duduk aje. makan. setel.

lepas makan buat aktiviti flying fox. bagi yang ambil elephant trekking gi elephant trekking. aku tak sampai hati nak naik gajah. kesian. so aku tak ambik yang ada elephant trekking punya. flying fox best. aku suka. best gila. hahaha. kalau tali dia tak putus putus sampai kat malaysia lagilah aku suka. hahaha.

lepas flying fox dia akan bagi kau rehat 40 minit tak silap. aku pergi jenjalan dengan kakak aku. saja round hutan tapi tak gi jauhlah takut kena baham rimau. haha. tak lama lepas jenjalan aku tengok ada baki masa dalam setengah jam lagi aku gi tidur kat pondok. kawasan tu ada banyak aje pondok aku cari tempat paling best pastu tidur. letih wei. memang best lah tidur. sapa je tak suka kan? haha

lepas habis rehat pe semua dalam pukul 2.00pm camtu derang bawak kitorang pergi waterfall. aku lupa pe nama waterfall tu. gi mandi situ kejap dalam 30 minit. air sejuk. best. pastu gerak balik gi hutan kat tempat memula tu. lepak dalam 15 minit tunggu orang elephant trekking sampai. ambil semua barang dari loker, pulangkan kunci apa semua gerak balik. tapi tak balik terus, tour agent singgah kat monkey temple. aku betullah berjodoh dengan monyet asik pergi tempat penuh monyet aje.haha.

ada jual jual kat situ. aku beli air aje. dahaga. pastu macam biasalah bawak keluar kamera tangkap gambar situ sini. tapi jaga sikit jalan tu taik monyet merata.

duk kat monkey temple dalam 20 minit kitorang gerak balik. dia hantar hostel. dalam pukul 5.15pm aku sampai hotel.

overall aku kasi 4/5 bintang lah kot untuk trip haritu. tak cukup bintang tu bukan sebab apa, sebab rafting aku takleh kayuh sendiri. aku geram.haha.

p.s :
setiap aktivti dia akan ambil gambar kau pastu framekan. dia jual bukan bagi free, kalau kau rasa nak beli better bawak duit lah. aku tak beli dah belambak aku tangkap gambar dengan aku punya kamera. aku boleh cuci sendiri bila balik nanti. haa satu lagi, staf dia suka mintak tips. kalau kau rasa nak bagi bagi ajelah tapi aku tak bagi dah aku travel bukan travel mewah setakat backpacker, bajet sikit. aku jawab aje kat staf dia yang mintak tips tu aku tak bawak duit pun datang sini. tapi memang aku tak bawak pon. hahaha. tak tipu okay.

sampai hotel, aku mandi solat pe semua. tunggu maghrib kejap pastu keluar. aku sewa motor hostel tu lah. aku keluar gi cari makanan. yang orang suka sangat penkek nutella yaminlah tu. ada banyak gak stall food sepanjang jalan tu. aku rasa macam biasa aje penkek tu. tak sedap dan tak tak sedap. faham tak? haha. biasa aja. tapi kalau makan sorang memang tak habislah. muak sangat.

lepastu cari kedai souvenir area hostel depan masjid. situ murah sikit banding kat area tepi pantai aonang. biasalah tepi pantai. mahal sikit. tapi situ banyak pilihan. tapi aku cari area masjid, murah. dah aku bajet ciput takkanlah aku nak gi kedai mahal. memang taklah kn? tapi bagi aku kau jalan aje area pantai aonang banyak sangat souvenir boleh beli.

pastu beres semua. baliklah. berakhirlah malam ketiga kitorang kat pop in hostel. aku sedih weh nak tinggal pop in. best kot stay situ.

esok aku sambung etry untuk hari keempat lak. okbai.

No comments:

Post a Comment

468 x 60